I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, May 7, 2009

Remaja merajuk kena rogol

Pelajar lari dari rumah jadi mangsa lelaki pura-pura tunjuk simpati

KUANTAN: Tindakan pelajar perempuan melarikan diri dari rumah selepas merajuk dengan ibunya mengundang padah apabila dia dirogol seorang lelaki di depan Sekolah Kebangsaan Mat Kilau, Inderapura, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa berusia 13 tahun yang belajar di sekolah menengah di sini, dikatakan dirogol di kawasan gelap di laluan pejalan kaki sekolah berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner T Narenasagaran, berkata mangsa yang melarikan diri kira-kira jam 9 malam dikatakan disapa lelaki tidak dikenali berhampiran Jalan Mat Kilau.

Beliau berkata, mangsa menceritakan kepada lelaki yang berpura-pura simpati itu mengenai perselisihan faham dengan ibunya.

Katanya, lelaki terbabit mengajak mangsa bersembang dan bersiar-siar sekitar Inderapura menaiki motosikal dan berjanji menghantar mangsa pulang ke rumah.

"Sebaik tiba di kawasan pejalan kaki sekolah berkenaan, suspek bertindak liar dan merogolnya," katanya di sini, semalam.

Narenasagaran berkata, mangsa pulang ke rumah dan menceritakan kejadian sebenar kepada ibunya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah, Kuantan.

Beliau berkata, polis sudah mengenal pasti suspek yang berusia lingkungan 20-an dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


P/s: DON'T TALK TO STRANGERS!!!

No comments:

Post a Comment