I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, May 7, 2009

Pelajar lena bersama kekasih di bilik tidur

KUANTAN: Seorang ibu yang mahu mengejutkan anak perempuan tirinya berusia 16 tahun untuk bersiap ke sekolah hampir pitam, apabila mendapati seorang remaja lelaki tidak dikenalinya tidur bersama pelajar terbabit, Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 7.10 pagi di Raub itu, wanita berusia 46 tahun dikatakan naik ke tingkat atas rumah terperanjat apabila melihat remaja lelaki itu tidur berpelukan bersama anaknya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner T Narenasagaran, berkata remaja lelaki berusia 18 tahun itu yang tersedar daripada tidur kemudian cuba melarikan diri tetapi sempat ditahan wanita berkenaan.

Beliau berkata, lelaki terbabit kemudian mengaku teman lelaki pelajar perempuan terbabit yang belajar di Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah di Raub.

"Malah, lebih mengejutkan wanita berkenaan ialah remaja lelaki itu turut mengaku sudah meniduri anak perempuannya tanpa pengetahuan keluarga masing-masing," katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, semalam.

Narenasagaran berkata, wanita terbabit yang berang dengan pengakuan dan perbuatan remaja berkenaan kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.

"Siasatan awal mendapati, polis percaya suspek memasuki rumah kekasihnya pada waktu malam sebelum masuk ke bilik dan menidurinya.

"Siasatan lanjut sedang dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.

p/s : OMG O_o Ya Allah...memang dorg ni nada otak laa...Bawah umur lagi tu..

No comments:

Post a Comment